Tuesday, February 17, 2009

Peranan Orang Kaya Part2

Peranan Orang Kaya Part2
Apa kesannya dalam masyarakat kita?

jika ditakdirkan, seorang hartawan tinggal di kawasan yang mana ramai orang susah di sekitarnya. jika ia seorang yang berkongsi, sudah pastinya beliau akan berusaha membantu orang disekeliling beliau. Beliau wujudkan peluang pekerjaan dengan mengadakan industri pengeluaran, sebagai contoh jika ada tanah terbiar, diusahakan menjadi kebun atau ladang. Maka orang kampung akan punya kerjaya sebagai pekerja kebun atau ladang. seterusnya, hasil ladang tadi perlu diproses, maka perlu dihantar ke kilang. kilang terlalu jauh. maka dibina pula kilang memproses hasil pertanian. orang kampung dapat peluang pekerjaan baru, ada yang menjadi operator pengeluaran, ada yang menjadi juruteknik mesin, ada yang menjadi supervisor dan sebagainya. Mungkin pada awalnya perlu dibawa orang dari luar untuk membantu menjalankan kilang kerana kurangnya tenaga mahir di kawasan terbabit, tetapi lama kelamaan penduduk di kawasan ini akan mendapat kemahiran dari orang yang diimport dari luar melalui pengalaman yang diperolehi semasa bekerja di kilang terbabit. Apabila penduduk setempat sudah boleh memegang jawatan yang sesuai, sudah pasti pendapatan juga meningkat. sudah pasti juga penduduk di kawasan terbabit yang asalnya tidak dapat menghantar anak ke sekolah, sudah boleh menghantar anak ke sekolah. yang asalnya tidak mempunyai kewangan yang tetap, sudah boleh menabung. Bagi yang berdaya saing, sudah pastinya menyimpan duit untuk turut serta dakan ekonomi yang dibawa oleh Orang Kaya yang pertama tadi dengan cara membuat kebun dan hasilnya boleh dihantar ke kilang si orang kaya pertama ataupun beliau membuka kedai membaiki motosikal atas permintaan penduduk yang mana dahulunya tidak ramai yang mampu membeli kenderaan kini sudah ramai yang mampu memiliki motorsikal. orang kaya sebegini akan hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram kerana sikap beliau telah menjadikan orang sekeliling turut hidup senang dan tiada yang menganggur.

Tapi jika orang kaya yang sebaliknya... beliau tidak mahu orang lain senang, buat industri, tapi menindas pekerja. gaji yang kecil hinggakan mahu hantar anak ke sekolah pun tidak mampu. orang jenis ini takut nak keluarkan duit. jika bagi gaji besar, nanti untung kurang. Beliau tidak sedar, ia akan balik kepada dirinya sendiri. Bagaimana? ini kerana jika penduduk di sekelilingnya tidak cukup makan, pakaian, maka akan ramai yang terbiar, mengganggur dan merempat. Ini akan mendesak mereka supaya menjadi pencuri. Jika ingin mencuri, orang sebagaimana yang akan dipilih? sudah pastinya rumah di kaya kedekut.. orang kaya tadi pun sudah pasti tidak hidup senang kerana kuatir orang datang merompak, mencuri atau lebih teruk takut dibunuh. Adakah beliau dapat hidup dengan aman? sudah pasti tidak, walaupun harta tinggi melangit. Hendak tidur pun tak senang kerana memikirkan keselamatan harta bendanya. Tetapi bukanlah bermakna orang kaya yang pemurah tadi rumah nya tidak akan dimasuk perompak, cumanya jika perompak terbabit ada pilihan lain, sudah pasti dia akan pilih orang yang kedekut. Ini juga kerana lumrah manusia, jika ditanya kepada orang sejahat mana pun.. jika diketahui oleh orang jahat terbabit bahawa orang yang ingin dirompak adalah seorang yang banyak berjasa kepada orang sekeliling dan pernah pula membantu orang tuanya, sudah pasti dia akan fikir 1000 kali untuk merompak orang terbabit. Tetapi jangan disamakan dengan orang yang merompak kerana tidak mendapat dadah atau arak, orang sebegini otaknya sudah tidak berfungsi dengan waras, itulah sebabnya arak dan dadah itu haram.

Secara realiti terlalu ramai orang kaya jenis kedua berbanding pertama, oleh yang demikian amat sukar untuk kita melihat orang kaya yang aman dan bahagia. Jikalah semua orang kaya di dunia ini bersikap pemurah dan berkongsi, tidak akan wujud istilah merempat, ekonomi jatuh, penduduk miskin, susah nak jumpa pencuri kerana, semua orang ada perkerjaan dan jika ada yang menagih dadah atau arak. semua orang kaya salurkan dana tubuhkan satu pusat setempat untuk orang seperti ini, tamukan mereka dengan benda yang tak berguna tu biar jem kepala diorang. Janji tidak menyusahkan orang lain yang bersusah payah cari rezeki. Jika mereka ingin dibantu, kita juga ada sediakan rumah pemulihan seperti "rumah pengasih" yang mana tidak berpagar kerana ianya datang dari hati, hati mereka yang perlu dipagar bukannya orang lain yang memagarkan mereka.

No comments: