Thursday, November 22, 2012

Suka cakap lepas

Dah namanya manusia, pelbagai ragam. Salah satu ragam yg menguji kesabaran dalam berkawan adalah bila kawan kit ni jenis yang cakap lepas. Cakap lepas yang aku maksudkan adalah bila bercakap tak fikir apa yang dicakapkan bakal menyinggung perasaan orang. Dan jika org yg bercakap ni cakap lepas ikut imosional semasa. Memang bila boleh minta maaf. Tapi benda dah berlaku. Maaf boleh diucap. Yang teras boleh memaafkan.

Orang tua selalu berpesan, cakap biar beralas. Tak cukup lagi dengan pesanan itu, siap ditambah lagi dgn peribahasa yang berbunyi..

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Antara maksud yg tersirat selain dari jika tersalah cakap boleh mengundang pergaduhan, ia juga memberikan gambaran bahawa jika sudah terlepas kata pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Kenapa tak dinyatakan terlajak kata minta maaf sudah memadai ataupun terlajak kata, undur kata semula. Ia sahaja sudah mengambarkan betapa kata kata yang sudah dituturkan tak mungkin maaf sahaja sudah memadai.

Ada satu cerita yang pernah saya terbaca di majalah berunsur agama. Begini ceritanya.

Dalam sebuah keluarga ada seorang anak yang suka memaki hamun dan bercakap kasar apabila marah. Habis semua orang dimakinya akibat sikap panas barannya. Tetapi salah satu sikapnya yang baik adalah cepat meminta maaf apabila sudah reda kemarahannya.
Pada suatu hari bapanya ingin menyampaikan sesuatu dengan cara berkias kepada anaknya. Diberikan anaknya segenggam paku yang panjangnya 3inci bersama tukul. Dan dipesan kepada anaknya, jangan kau hilangkan walaupun satu paku - paku ini. Lalu anaknya bertanya, untuk apa paku ini. Lalu bapanya menjawap, untuk dipaku ke dinding takkala engkau marah sampai reda marahmu. Apabila habis paku ini, datanglah kembali kepadaku.
Maka si anak apabila marah, lansung dipakukan ke dinding. Kadangkala hingga berbatang batang paku yang digunakan. Suatu hari dia mengira paku ditangannya. Makin sedikit. Dan direnungnya ke dinding yang dipaku, malu pula terasa kerana begitu banyak paku di dinding. Akhirnya dia bertekad banyakkan bersabar. Makin lama makin sedikit paku yang digunakannya, kerana dia cuba mengurangkan bilangan paku dgn bersabar.
Setelah beberapa lama paku tak dapat dihabiskannya. Tetapi akhirnya bapanya perasan, kenapa paku sudah tak digunakan.
Si anak menjawap, dia tak dapat habiskan memaku kerana dia sudah tidak marah marah lagi.
Si bapa mengajak si anak ke tempat dia pakukan paku ke dinding. Disuruh anaknya mencabut kesemua paku tersebut. Bersusah payahlah si anak mencabut kesemua paku tersebut. Ada yang tertanam begitu dalam. Ada yang bengkok bengkok. Berbagai sifat paku yang tertanam itu.
Setelah itu bapanya menyuruh anaknya melihat kepada dinding yang dipaku. Kemudian dia bertanya. Cantikkah dinding ini. Si anak menjawap tidak. Jika ditampal semula, samakah ia dgn yang asal. Si anak menjawap, tidak.
Si bapa akhirnya menerangkan satu persatu.
Anakku, paku itu kemarahananmu,
Kau pakukan ke dinding itu, sama ertinya dgn engkau melepaskan kata kata mu kepada orang lain.
Usaha engkau mencabut paku itu sama ertinya dgn usaha engkau meminta maaf. Ada yang mudah ada yang susah.
Kesan di dinding itu ertinya perasaan orang yang engkau lepaskan kata kata tampa memikirkan apa yang orang rasa. Tetap berbekas walaupun telah engkau minta maaf.
Jika ditampal tetap tidak sama ertinya, Dan bagaimana pun usaha engkau buat selepas itu, kesannya masih ada di dalam. Dan tidak sama seperti sebelum engkau melukakan hati orang yg engkau lepaska kata kata.
Si anak akhirnya mengerti dan berjanji tidak akan berbuat begitu lagi.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, adalah lebih baik berfikir sebelum melepaskan kata kata. Dan... Selalunya orang yang suka lepas cakap akan mengatakan,

Aku ni memang lepas cakap, jadi aku tak kisah kalau orang lepas cakap kat aku balik.

Bersyukurlah orang macam ni tak jumpa orang yang tak suka nak balas balik dgn lepas cakap. Kalau jumpa dengan orang yang balas balik dengan penumbuk. Tak ke jadi gaduh. He he..