Thursday, January 24, 2008

Radio Amatur / Ham Radio Part 1


Radio Amatur ( Amature Radio ) atau Radio Ham ( Ham Radio ) adalah salah satu daripada alat komunikasi yang tidak terdedah kepada masyarakat umum. Ia biasanya lebih dikenali sebagai walkie talkie oleh kebanyakan orang. Radio amatur tidak begitu popular seperti telefon. Malah ada yang memandang serong kepada pengguna radio amatur ini dengan menyamakan mereka dengan "callman" dan "tonto". Disini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai radio amatur.

Pengguna radio amatur dikenali sebagai "Pengendali Stesen Radio Amatur". Stesen radio amatur tidak tidak boleh disamakan dengan stesen radio FM komersil seperti SINAR FM, HOT FM dan sebagainya. Ini adalah kerana stesen radio amatur hanya dikendalikan oleh orang perseorangan dan bukan untuk tujuan pengiklanan.

Pengendali radio amatur perlu mematuhi beberapa S.O.P atau peraturan. Ini adalah untuk memastikan komunikasi yang berlaku di dalam radio ini teratur kerana ia berbeza dengan cara penggunaan telefon biasa. Pengendali radio amatur perlu melalui latihan dan ujian sebelum boleh mengendalikan stesen radio amatur.

Perkara yang paling penting adalah lesen untuk mengendalikan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Lesen dikeluarkan sama ada melalui permohonan kumpulan (group) yang dikenali sebagai stesen komersil (freq selain 144 - 148mhz) atau melalui orang perseorang melalui ujian RAE yang diberi peruntukan stesen amatur (freq 144 - 148 mhz).

Di dalam dunia radio hala ini, freq dikenali sebagai jaluran. Lesen pula dinamakan sebagai AA atau Aparatus Asignment (peruntukan radas). Apabila seseorang itu diperuntukan AA, ia terikat kepada peraturan yang ditetapkan. AA mengandungi maklumat jaluran yang dibenarkan digunakan oleh pemegang AA, sebagai contohnya jaluran terima 144 -148 mhz, dan jaluran memancar 144-148 mhz. Adalah menjadi satu kesalahan memantau (menerima) dan memancar di jaluran yang tidak diperuntukan (dinyatakan di dalam AA).

bersambung...

1 comment:

kazuya_ukays said...

yer2....amir...idop PRADAS....opsss...uniform sera laa..