Tuesday, February 17, 2009

peranan orang kaya : part1

peranan orang kaya part1

orang kaya dalam erti kata kaya harta benda perlu sedar akan peranan mereka dalam masyarakat. ramai yang kaya tapi tak sedar ia sebenarnya satu tanggungjawab yang secara tidak sedar datang bersama harta kekayaan terbabit. Cuba fikirkan, kekayaan yang dikejar bagai nak gila dan takut untuk dikongsi dan yang dirisaukan sangat susut atau berkurang bilangannya (duit) itu boleh dibawa bersama kita sejauh mana? ia hanya dinikmati dan akhirnya ditinggalkan kepada orang lain juga (yang masih hidup). Jadi bukankah itu jelas menunjukkan kita hanya memikul amanah sahaja. dan kita berpeluang menikmati kebahagiaan harta benda itu sekiranya kita kongsikan dengan orang lain dan bukannya dengan kita bolot seorang diri.

Orang Kaya Yang Bahagia - berkongsi kekayaan dengan orang lain
Orang Kaya Yang Tak Bahagia - tidak berkongsi kekayaan dengan orang lain

Jika kita berkongsi kekayaan dengan cara yang betul, kita akan mendapat kebahagiaan. Tetapi biarlah berkongsi dengan cara yang betul iaitu dengan cara berusaha membantu mereka yang memerlukan. orang yang memerlukan bukanlah bermakna ianya orang susah, merempat dan meminta sedekah tetapi kepada orang sekeliling yang dalam kesusahan dan juga mereka yang berusaha. Amat bahagia orang yang dapat membantu orang lain keluar dari kesengsaraan dan teramat bahagia jika dapat menaikkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat sekeliling beliau.

Sebaliknya jika harta dan kekayaan tidak mahu dikongsi, maka akan lahirlah perasaan tidak cukup, kuatir dan dengki. perasaan ini akan menjadikan diri sesorang tidak aman tenteram kerana sentiasa dibelenggu perasaan kuatir harta benda berkurang, malah tidak senang melihat orang lain lebih maju atau senang dan bertambah lah dengki di dalam diri seterusnya berusaha menjatuhkan orang lain.

bersambung...

No comments: