Monday, September 7, 2020

DIY cara nak buat extension 40 meter atau lebih utk berkhemah atau camping

 Aktiviti camping atau berkhemah memang menyeronokkan, tapi ada satu masalah yang ramai orang tak tahan, iaitu masalah berjauhan dari bekalan socket 3 pin.

Semenjak covit-19 melanda dunia, aktiviti percutian agak terbatas, oleh yang demikian ramai yang beralih kepada aktiviti perkhemahan. Sampaikan  jika pergi ke decathalon pun kekadang khemah boleh sold out.

Bagi yang tak biasa meredah hutan belantara, aktiviti berkhemah di kawasan atau tapak private yang lengkap dengan pengawal keselamatan serta akses kepada bekalan kuasa letrik menjadi pilihan.

tetapi, sudah pasti tapak untuk berkhemah selagi boleh mahu di tepi gigi air sungai.. jika itu lokasi pilihan, sudah pasti jarak antara tapak khemah dengan bekalan kuasa soket terletak nun jauh di bangsal yang biasanya disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan sebagai sumber akses jika penyewa tapak mahu mengecas hp dan memasak air menggunakan cerek elektrik ( ha ha.. berkhemah cara modem mana la mau minum air rasa asap)

nak charge telefon perlu ke bangsal, jika ditinggalkan di bangsal semasa mengecas nanti tahu2 tinggal bayang pula. habis tu macam mana?..

di sini pakcik ada penyelesaiannya, iaitu dengan membuat sendiri extension panjang.

jika extension beli, hanya sekadar 30m maximum, tapi dengan teknik menggunakan penyambung khas yang kalis air ip44 ( kalis air hujan ye.. bukan boleh direndam menyelam dalam air.. itu dah masuk kategori submerse)

kenapa pakcik guna penyambung.. tak guna semua segulung 90meter yang biasanya dibekalkan dari pembekal wayar? pakcik buat begitu supaya pakcik boleh keluarkan sahaja panjang yang pakcik perlukan, pakcik mulakan dengan jarak pertama 20 meter, jika tak cukup, sambung lagi 20 meter, tak cukup.. sambung lagi.. 

selain wayar tak berserabut tergulung lebihan yang tak dibuka jika kita hanya nak pakai jarak sehingga 20 meter sahaja, ia juga mengelakkan dari wayar menjadi panas apabila disimpan lebihan bergulung sedangkan ada arus elektrik mengalir di dalam nya.. wayar yang bergulung akan menambah rintangan elektrik kerana terjadinya gelombang dan medan magnet apabila wayar dalam keadaan bergelung dan dialirkan arus elektrik.

ok, macam mana nak buat extension special untuk camping atau perkhemahan ni?, boleh tengok video di bawah.. jangan lupa support pakcik dengan like dan  subsribe youtube channel pakcik ni ye,,




Sunday, March 8, 2020

Panduan membeli raket / racket yonex asli atau tulen (original) online (lazada, shoope)

Jika menyebut mengenai sukan  badminton Yonex memang jenama terkenal yang sangat popular diciplak atau dipirate kan.  

Dengan kemudahan shooping online zeperti lazada dan shoope, mudah sahaja pengguna mendapatkan harga yang paling murah dari seller online.

Taip sahaja jenama dan model di ruang search produk.. dan terpapang berbagai pilihan dan harga yg berbeza - beza.
Harga ada yang sangat murah jika dibandingkan dengan membeli di kedai sukan. Yonex duora  harga sekitar rm400 ke rm 600, jadi bagaimana harga boleh jatuh sehingga rm63?

Jadi ingin saya kongsikan melalui video ini bagaimana ingin membeli yonex original dan cara membezakan original dan tidak.



Wednesday, December 5, 2012

Model lego shell 2012 - Ferrari 150 italia

Satu lagi koleksi, dan finalnya saya pilih No. 6 dan bertopi hijau..











































Model lego shell 2012 - F40

Tahun ni shell tampil dengan promosi model lego 2012, comel je modelnya. Yang dalam gambar ni, model lego F40 yang datang dalam plastik , dalam bentuk blok lego, kemudiannya disambung - sambung menjadi kereta